Tuesday, April 29, 2008

Antara Saham Amanah dan ASB.....

Assalamualaikum…

Hari ini saya rasa nak bercerita mengenai saham amanah setakat pemahaman cetek yang saya ada. Bagi saya ada dua jenis saham amanah. Satu yang konvensional seperti Public Mutual dan satu lagi Amanah Saham Bumiputra atau ringkasannya ASB.

Apa yang syarikat saham amanah buat adalah mengumpul wang dari orang ramai dan menggunakannya untuk melabur dalam saham-saham yang tersenarai di bursa Malaysia ataupun luar Negara. Untuk melabur dalam bursa biasanya kita memerlukan modal yang agak besar dan juga mesti sanggup menanggung risiko. Saya sendiri ada la cuba nak belajar pasal saham sikit tapi tak boleh nak faham sangat. Kita mesti ada ilmu saham kalau nak main saham ini.

Bagi orang kebanyakkan rasanya saham amanah adalah tempat yang baik untuk kita belajar mengenai saham. Saya ada melabur dalam Public Mutual menggunakan wang KWSP dan sedikit duit sendiri. Niat sebenar ialah untuk belajar apa itu saham amanah dan melihat sendiri bagaimana ia berfungsi.. Boleh le katakan saya suka belajar dari pengalaman sendiri…

Untuk Public Mutual ada macam-macam fund. Balance Fund, Equity fund, Islamic Fund, Asia fund.. dan banyak fund fund lagi. Apa maksud balance, equity atau fund fund lain tu boleh kita cari dalam internet. Bila kita beli saham amanah ini kita akan dikenakan service charge hingga ke 6% NAV atau Net Asset Value atau senangnya harga saham tersebut. Kalau guna KWSP service caj ini teleh ditetapkan sebanyak 3%. Contohnya kita ade RM1000 untuk beli saham amanah yang berharga seringgit seunit, 3 sen akan di tolak sebagai service caj. Kita kan dapat membeli lebih kurang 970 unit saje kerana RM30 lagi dah bayor service caj nie. Untuk dapat untung kita kena pastikan harga saham kita itu naik paling kurang pun 4 sen sebelum kita jual. Jika tidak modal 1000 tadi kita tak akan dapat balik malah kita rugi. Selain dari service caj ini ada lagi annual management fee dan annual trustee fee yang akan mempengaruhi harga saham ini.

Walaubagaimanapun kebiasaannya jika seseorang itu mengamalkan “Dollar Cost Averaging” pelaburan dalam saham amanah ini memang menguntungkan. Apa tu Dollar Cost Averaging saudara boleh Tanya pada mana-mana agen unit amanah.

Amanah Saham Bumiputra atau ASB adalah juga satu saham amanah tapi pada saya ASB nie amat istimewa. Ia bukan balance fund atau equity fund. Tapi boleh saya katakana ia adalah “income fund” atau dalam kata lain pelaburan yang memberi pendapatan. Semua orang tahu harga seunit ASB nie adalah tetap iaitu RM1. Bila kita beli tak ada service caj yang perlu kita bayar. Bila jual pun harganya juga seringgit. Keuntungan pelaburan akan dibayar setahun sekali iaitu pada January setiap tahun. Pulangan ASB nie secara purata lebih kurang 8% setahun dan boleh dikatakan dijamin akan dapat. Setiap individu boleh melabur sehingga RM 200 ribu. Kalau lebih dah tak boleh dah melainkan duit dividen ASB tu sendiri yang kita kita biarkan untuk dikompaun.

Juga yang best pasal ASB nie dia punya dividend di kecualikan dari cukai so kita tak perlu istihar berapa kita dapat dividend ASB pada LHDN.

Bagi yang nak mula melabur dan menyimpan… ASB adalah tempat yang terbaik.

Saya ada terbaca mengenai rules of investing orang terkaya di dunia sekarang ini iaitu Warren Buffet

  1. Never loose your money
  2. Remember rule no 1.

ASB adalah tempat yang terbaik yang memenuhi syarat Warren buffet dia atas. Tak perlu ilmu yang banyak untuk melabur dan dijamin dapat untung… Gunakanlah ASB. Hanya bumiputra saja yang boleh mengunakan ASB ini dan seharusnya kita merebut peluang yang ada.

ASB amat bagus dan stabil sehingga Bank konvensional menggunakan ASB ini untuk mengaut keuntungan bagi mereka iaitu dengan memberi ASB loan. Cakap terus terang sesiapa yang ada ASB loan baik berhentikan saje. Nak tahu kenapa? ade banyak artikel yang dalam internet yang menerangkan pekara ini. Anda carilah… Saya mungkin akan terangkan di lain masa.

Sijil ASB juga laku untuk kita jadikan cagaran untuk buat pinjaman atau overdraft. Kalau sijil Saham amanah lain, tak ada bank yang hendak terima. Sebab nilai ASB tetap tetapi nilai saham lain berubah-ubah……

Saya akan cerita mengenai alat kewangan lain yang kita boleh dapat dengan Sijil ASB nie di lain masa….

Harap anda faham sedikit perbezaan ASB dengan Saham Amanah yang lain

Terima kasih kerana membaca

Stay tune..

Abdul Hamid

http://rabtle.blogspot.com/

5 comments:

  1. actually btul aper yang saudara perkatakan.... depands pada individu juga.... ader yang mengatakan asb haram sebab dilaburkan pada tempat2 yang kiter tak pasti.... pada saya, saya lebih prefer syariah yang kite tau ia di pantau oleh IBFIM....

    ReplyDelete
  2. Terima kasih atas komen saudara. Kalau tak silap saya Majlis Fatwa kebangsaan telah menyatakan Hukum pelaburan ASB nie sebagai Harus. Pada saya apa yang kita buat bergantung kepada niat kita. Memang amat baik jika ia di pantau oleh syariah.

    Terima kasih

    ReplyDelete
  3. Mid, aku stuju ngan nko.. Actually ASB is the best fixed deposit in d world.. :) tapi kalau nak mencuba dgn saham amanah private pun OK, pastikan practising dolar cost avg, and long term..

    ReplyDelete
  4. hello..
    ape yg saudari ckp tu mmg btol...terpulang pd pendapat seseorg..tp bg sy...asb haram becoz of fixed price..itu bukan dikire pelaburan. kerana pelaburan semestinya ada turun naik harga...

    ReplyDelete
  5. aku beri cadanganlah baik ko orang simpan wang bawah bantal. Itu gerenti tak haram punya tapi kalau duit tu duit gaji tapi masa kerja kau orang curi tulang, duit tu tetap haram juga. kalau kau orang simpan bawah bantak ke tilam ke, kalau hilang itu maknanya kau orang tak ada rezeki. Betul TakKKKKKKK!!!

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails