Saturday, February 27, 2010

Salam kembali....

Assalamualaikum….

Sudah lama sangat rasanya saya membiarkan blog ini sepi. Ada niat untuk menulis tetapi disebabkan perubahan di dalam kehidupan membuatkan saya kekurangan masa untuk berfikir dan menulis di sini.

Dalam kehidupan seharian banyak cabaran yang perlu di tempohi. Cabaran yang saya alami mungkin tidak sehebat mana jika dibandingkan dengan orang lain tetapi tetap cabaran itu membuatkan diri ini mengalami tekanan. Ada masa kita bahagia dan ada masa kita dalam duka.

Selama 7 bulan ini saya melalui fasa baru dalam kehidupan. Sesungguhnya dunia ini penuh dengan warna-warni. Keadaan ekonomi dunia nampaknya semakin stabil tetapi cabaran dunia tetap macam-macam.

Saya sebenarnya amat terasa dengan berita kes Syafia Humairah. Mengapa pekara seperti ini boleh berlaku di dalam Negara kita ini? Tidak pandai saya untuk mengulas apa yang telah berlaku tetapi pada saya punca utama adalah kerana nafsu dan godaan Syaitan.

Syaitan menghasut manusia untuk melakukan kemungkaran di muka bumi ini agar nanti menjadi teman dia di neraka kelak.

وَلَا يَصُدَّنَّكُمُ الشَّيْطَانُ ۖ إِنَّهُ لَكُمْ عَدُوٌّ مُبِينٌ [٤٣:٦٢]

Dan janganlah kamu sekali-kali dipalingkan oleh syaitan; sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu.{Az-Zukhruf 43:62}

Banyak berita yang menyayat hati saya dengar setiap hari. Terasa ramai yang hidup tanpa panduan. Tidak memikirkan matlamat kehidupan. Ingin hidup senang dengan cara yang senang tanpa memikirkan baik atau buruk. Mengikut kata nafsu yang dipandu oleh syaitan.

Apa yang mampu saya lakukan? Buat masa ini saya hanya mampu menyeru semua. Kembalilah membaca Al-Quran…

ذَٰلِكَ الْكِتَابُ لَا رَيْبَ ۛ فِيهِ ۛ هُدًى لِلْمُتَّقِينَ [٢:٢]

Kitab (Al Quran) ini tidak ada keraguan padanya; petunjuk bagi mereka yang bertakwa[Al-Baqarah 2:2]

Sekian buat masa ini….

Abdul Hamid

27-Feb-2010

http://rabtle.blogspot.com

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails