Tuesday, April 27, 2010

Ilmu... Rezeki... Pendapatan....

Assalamualaikum……

Jom… jom… Jom… jom.. Jom Heboh.. Heboh.. diadakan di Danga Bay pada hujung minggu yang lepas... Ketika melalui kawasan tersebut jalan agak sesak dengan kenderaan dan orang ramai. Tapi saya melalui kawasan tersebut bukan untuk ke Jom Heboh tetapi menuju ke Dewan Pusat Islam Iskandar Johor Bahru menghadiri Majlis Pelancaran Stormreaders kawasan selatan.

Yang menarik minat saya untuk ke program ini selain dari untuk mengetahui apa sebenarnya stormreaders ini, adalah Tazkirah bertajuk “Budaya Ilmu dan keberkatan rezeki dari Utz. Zahazan Mohamed dan mendengar tips “Rahsia menjana Pendapatan dari rumah “ Oleh Dr Irfan Khairi.

Banyak juga yang saya perolehi dari program ini dan yang utama saya memperolehi ilmu. Kata-kata dari Imam Syafie. “Jika kamu inginkan kejayaan di dunia, hendaklah dengan Ilmu, Jika kamu inginkan kejayaan di akhirat, hendaklah dengan Ilmu, Jika kamu inginkan kejayaan kedua-duanya, juga hendaklah dengan Ilmu.

Lihat di sekeliling kita, boleh saya katakan orang yang kita nampak sebagai berjaya adalah orang yang berilmu. Jutawan, Bilionaire seperti Robert Kiyasaki dan Donald Trump kaya kerana ilmu kewangan yang mereka ada.. Tapi sebagai seorang Islam matlamat kita adalah akhirat.. Ilmu jugalah yang menetukan kebahagiaan kita di sana kelak.

Mungkin kalau sebut Ustaz kita bayangkan seorang yang berbaju melayu dan berkopiah. Kehidupan sederhana dan bercakap mengenai Ibadat agama. Mungkin jarang kita bayangkan Ustaz sebagai seorang yang kaya dan berjaya.. Saya amat menghormati Ustaz Zaharuddin Abd Rahman seorang yang pakar dalam bidang mualamat.. Beberapa buku beliau telah saya baca. Saya percaya beliau memperolehi rezeki dari royalti jualan buku-buku beliau. Saya percaya beliau seorang yang kaya malah dikurniakan dengan rezeki yang berkah. Rezeki yang diperolehi hasil perkongsian ilmu. Rezeki hasil dari mengajak manusia melakukan kebaikan dan menjauhi kemungkaran. Rezeki dari ilmu yang bukan sahaja berbentuk wang ringgit tetapi saya percaya juga dalam bentuk pahala untuk bekalan di alam Akhirat.

Saya juga ada keinginan untuk mendapat rezeki dengan cara yang sama tapi menyedari ilmu didada tidak setinggi mana. Tidak mampu menulis buku yang tinggi kualitinya, namun dari majlis ini saya diperkenalkan dengan cara untuk menjadi sebahagian dari mereka yang menyebarkan ilmu. Menyebarkan ilmu sambil menjadikannya salah satu cara menambah pendapatan.

Di Majlis ini saya berkenalan dengan Saudara Hadzrin yang yang membantu saya tentang cara-cara untuk menjadi ahli stormreaders. Saya menyertai stormreaders bukan semata-mata kerana peluang pendapatan yang boleh diperolehi… tetapi mencari rezeki yang berkat dengan cara membudayakan ilmu.

Setapak demi setapak langkah akan saya mulakan.. Bagi yang berminat dialu-alukan untuk sama-sama berusaha…..

http://www.stormreaders.net/rabtlebooks

Abdul Hamid

27 April 2010

http://rabtle.blogspot.com

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails