Thursday, May 13, 2010

Mati Hidup Kembali..... fakta sains dalam solusi

Setiap yang bernyawa pasti akan mati dan kelak di akhirat nanti kita akan di hidupkan kembali. Percaya kepada hari akhirat adalah salah satu rukun iman. Sebagai seorang islam kita wajib mempercayainya dan yakin kita akan dihidupkan kembali.

Dalam Zaman moden ini bagaimanakah kita hendak yakin dengan pekara ini. Nabi Ibrahim pernah meminta Allah menunjukkan bagaimana Ia menghidupkan orang mati untuk memantapkan lagi keimanannya seperti dinyatakan dalam Surah Al Baqarah ayat 260

وَإِذْ قَالَ إِبْرَاهِيمُ رَبِّ أَرِنِي كَيْفَ تُحْيِي الْمَوْتَىٰ ۖ قَالَ أَوَلَمْ تُؤْمِنْ ۖ قَالَ بَلَىٰ
وَلَٰكِنْ لِيَطْمَئِنَّ قَلْبِي ۖ قَالَ فَخُذْ أَرْبَعَةً مِنَ الطَّيْرِ فَصُرْهُنَّ إِلَيْكَ ثُمَّ اجْعَلْ عَلَىٰ كُلِّ جَبَلٍ مِنْهُنَّ جُزْءًا ثُمَّ ادْعُهُنَّ يَأْتِينَكَ سَعْيًا ۚ وَاعْلَمْ أَنَّ اللَّهَ عَزِيزٌ حَكِيمٌ [٢:٢٦٠]

Dan (ingatlah) ketika Ibrahim berkata: "Ya Tuhanku, perlihatkanlah kepadaku bagaimana Engkau menghidupkan orang-orang mati". Allah berfirman: "Belum yakinkah kamu?" Ibrahim menjawab: "Aku telah meyakinkannya, akan tetapi agar hatiku tetap mantap (dengan imanku) Allah berfirman: "(Kalau demikian) ambillah empat ekor burung, lalu cincanglah semuanya olehmu. (Allah berfirman): "Lalu letakkan diatas tiap-tiap satu bukit satu bagian dari bagian-bagian itu, kemudian panggillah mereka, niscaya mereka datang kepadamu dengan segera". Dan ketahuilah bahwa Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. (Al-Baqara: 260)

Nabi Ibrahim tentu bertambah keimanannya melihat burung yang telah dicincang terbang semula kepadanya.

Menyelak majalah Solusi Issue ke 19 saya tertarik dengan artikel mengenai tulang sulbi.

Hadis Nabi:  Riwayat Al Nasa'I, Abu Daud Ibh Majah
Daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah Bersabda " Semua bahagian tubuh anak adam akan dimakan tanah kecuali tulang sulbi yang daripadanya ia diciptakan dan daripadanya dia akan dibangkitkan.

Tulang sulbi adalah tulang yang paling hujung pada tulang belakang kita. Kajian sains menunjukkan selepas disenyawakan benih perempuan dan lelaki akan terhasil satu benang asas yang mengandungi data diri kita. Benang asas ini akhirnya akan di simpan didalam tulang sulbi.

Kajian juga menunjukkan sel-sel tulang sulbi tidak akan musnah walau dihancurkan dan dipanaskan. Malah tulang yang hancur ini mampu tumbuh semula. Kajian ini dilakukan oleh Hans Sperman yang memenangi Hadiah Nobel.

Bermakna Dalam perut bumi ini ada banyak sel-sel dari tulang sulbi yang terpendam. Di hari akhirat bumi akan hancur. Segala yang terpendam akan terhambur keluar.


فَانْظُرْ إِلَىٰ آثَارِ رَحْمَتِ اللَّهِ كَيْفَ يُحْيِي الْأَرْضَ بَعْدَ مَوْتِهَا ۚ إِنَّ ذَٰلِكَ لَمُحْيِي الْمَوْتَىٰ ۖ وَهُوَ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ [٣٠:٥٠]

Maka perhatikanlah bekas-bekas rahmat Allah, bagaimana Allah menghidupkan bumi yang sudah mati. Sesungguhnya (Tuhan yang berkuasa seperti) demikian benar-benar (berkuasa) menghidupkan orang-orang yang telah mati. Dan Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu. (Ar-Room: 50)

Bila saya renungi ayat di atas, Bumi yang mati bila di timpa hujan akan tumbuhlah pokok-pokok kerana biji benih terpendam didalamnya  mula hidup apabila mendapat air.

Mungkin tulang sulbi kita ibarat benih yang akan tumbuh kelak selepas dikenakan sesuatu .

Allah maha berkuasa atas segalanya. Penemuan sains membuktikan lagi kebenaran Al-Quran dan Islam. Kita tak boleh leka dalam hidup dunia saja kerana kita sedang menuju kehidupan kekal kerana selepas mati kita akan dihidupkan kembali….


Abdul Hamid
12/May/2010

Dapatkan solusi di e-Store http://www.stormreaders.net/rabtlebooks





0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails