Assalamualaikum...
Lama rasaya aku tidak menyambung bicara di sini.... kesibukkan atau mungkin kelekaan dengan cabaran dan urusan seharian menyebabkan ruang untuk berkongsi bicara dan rasa agak terbatas.
Hari ini bermula tahun baru 1432 Hijrah... terpanggil aku untuk muhasabah diri... melalui kembali pengalaman hidup 1431 Hijrah yang telah berlalu. Pekara paling bermakna bagiku adalah kehadiran anak ke-4 pada malam orang lain tertumpu dengan perlawanan akhir piala dunia.. Aku menemani isteri dalam pertarungan nyawanya melahirkan anak kami. Alhamdulillah.. setelah 5 bulan berlalu anakku sihat dan Isteriku juga sihat.
Banyak peristiwa dan pengalaman yang aku alami.... ada kalanya aku menjadi berani... ada kalanya aku jadi pengecut kerana kelemahan diri sendiri... Sebagai manusia yang memang lemah .. ada kalanya melakukan dosa ... terlupa pada Rabb pemilik segalanya di alam ini...
Aku inginkan keadaan yang lebih baik untuk tahun 1432 Hijrah ini... Apakah sebenarnya maksud Hijrah...
Artikel dalam Majalah solusi 26 nukilan Ustaz Syed Norhisham rasanya baik untuk aku kongsikan bersama..
--------------------------------------------
“Roh sebenar hijrah dapat kita hayati daripada butir-butir Baiah (perjanjian) al Aqabah kedua yang dimenterai antara Rasulullah s.a.w dengan beberapa orang ansar pada musim Haji tahun ke-13 kenabian.
Dalam kitab Musnad Imam Ahmad (no13934-sanad Hassan), Jabir menceritakan peristiwa tersebut. Beliau telah bertanya Rasulullah s.a.w pada hari itu: “Apakah butir-butir penjanjian ini wahai Rasulullah ?” Baginda menjawab:
“Berbaiahlah kalian semua untuk sentiasa ;
1) Taat kepada ku dalam keadaan rajin ataupun malas.
2) Mengeluarkan belanja (demi Islam) dalam keadaan susah dan senang
3) Melaksanakan amar makruf dan nahi mungkar
4) Tegak mempertahankan agama Allah dan tidak memperdulikan celaan para pencela
5) Membantuku apabila tiba di Yatrib (Madinah)
6) Menjaga dan mempertahankanku sebagaimana kamu semua mempertahankan diri kamu sendiri, isteri dan anak-anak kamu.
“Bagi Kamu Syurga!”
--------------------------------------------
Renungilah satu persatu... jadikan ia asas untuk kita merencana kehidupan kira pada 1432 Hijrah dengan tujuan dan matlamat yang jelas iaitu... “Bagi Kamu Syurga!”
Fikir-fikirkanlah......
Abdul Hamid
1 Muharram 1432 Hijraj
7-Dec-10


0 comments:
Post a Comment