Friday, November 08, 2013

Layakkah aku ke Syurga?

Aku ingin ke Syurga.



Tidak aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepadaku. Al Zariyat (15):56

Itulah matlamat aku dijadikan. Kehendak tuhan terhadap ciptaannya bernama manusia. Namun setelah separuh umur baru aku mula memahami. Mula belajar mencari matlamat hidup yang sebenar. Nabi diangkat menjadi Rasul ketika berumur 40 tahun. Umur aku sekarang 39.. Lagi setahun.

Kehidupan aku sejak kecil kurang didedahkan dengan Ilmu agama. Namun Allah maha pengasih dan penyayang.  Dia memberi aku hidayah untuk menuntut ilmu setelah separuh umur ini. Namun agak sukar rasanya hendak melawan nafsu yang sentiasa mengajak kepada keseronokkan. Melawan nafsu adalah jihad yang besar.

Setiap sesuatu yang kita lakukan pasti kita mahukan ganjaran. Tanpa ganjaran kita akan kurang motivasi untuk melakukan apa yang perlu kita lakukan. Menerusi kehidupan dunia matlamat kita masing masing berbeza. Ada yang nak jadi jutawan. Ada yang bahagia dan berasa cukup dengan hanya dapat makan .
Namun sejak kebelakangan ini baru aku sedari atau fahami.. ganjaran terhebat adalah syurga. Hidup bahagia selamanya. Bukan seorang diri tetapi dengan ahli keluarga. Syurga yang mahal harganya. Tanya pada diri sendiri adakah aku layak untuk mendapat syurga?

Jawapan dalam diri terang dan nyata. Aku tak layak kerana kelemahan yang ada. Namun sifat Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang. Dia berhak memberi pengampunan atas segala dosa. Maka aku harus terus berdoa mengharap pengampunan Allah.  Rahmatnya meliputi sekelian alam.

Untuk mendapat syurga maka kenalah aku berusaha melawan nafsu dan berjuang agar mendapat redha dari Allah. Bagaimana caranya tentulah dengan ilmu. Bukan ilmu dunia semata-mata tapi juga ilmu akhirat yang sumbernya adalah Al Quran dan sunnah nabi.

Kalau kita perhatikan ayat Al Quran pertama yang diturunkan "Iqra" yang bererti bacalah. Pemahaman aku bacalah Al Quran dan hayatilah isi kandungannya kerana apa yang ada dalam kitab tersebut adalah kalam Allah petunjuk dari Allah sebagai panduan untuk melayari kehidupan.  Kehidupan yang penuh dengan pancaroba dan dugaan . Allah mahu menguji manusia untuk kita sendiri mengenal pasti tahap keimanan kita. Layakkah kita mendapat syurga? Sekali lagi soalan itu kembali... 

Layakkah aku.?

Abdul Hamid



No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails